
Selamat menyambut Maulidur Rasul yang akan tiba beberapa hari lagi kepada semua pembaca. Sempena dengan itu, Malaysia Unity Secretariat (MISI) juga tidak ketinggalan untuk mengadakan program untuk memperingati hari yang mulia itu. Meskipun tidak berbentuk talk ataupun ceramah, namun diharap semua ahli dapat mengambil pengajaran ataupun tauladan daripada program yang akan diadakan nanti.