Showing posts with label 2008/2009. Show all posts
Showing posts with label 2008/2009. Show all posts

ENGLISH AND DAAWAH CAMP SERIES 2


Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat yang disayangi...

Alhamdulillah...Malaysian Unity Secretariat (MISI) IIUM telah berjaya mengadakan Program English And Daawah Camp Series 2 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan, Kimanis, Sabah. Program ini diadakan semasa cuti semester III 2008/2009, lebih tepat iaitu pada 5-7 July 2009. Walaupun banyak dugaan dan cabaran dalam persediaan untuk program ini, namun semua masalah dapat diselesaikan dengan bantuan semua comittee yang sangat berdedikasi.

INTERFAITH DIALOGUE: Purpose of Life

INTERFAITH DIALOGUE: Purpose of Life

Date: 18th August 2009
Time: 8.15pm - 11.00pm
Venue: Main Auditorium (IIUM)

Speakers: Christian, Buddist, Muslim and Hindu.

You are all invited to join us.
Open to public irrespective of religion/belief.

Main organizer: Intellectual Youth Club (IYC)
Co-organizer: Malaysian Unity Secretariat (MISI)

ENGLISH AND DA'WAH CAMP (SERIES 2)

Assalamualaikum W.B.T...

Setelah kejayaan ENGLISH & DA'WAH CAMP siri 1, yang berlangsung selama 3 hari (22-24 Jun 2007), bertempat di SKMA Tun Datu Mustapha, Kinarut, Papar, Sabah...dengan itu, MISI akan mengadakan ENGLISH & DA'WAH CAMP siri 2, kesinambungan bagi program siri 1 yang pernah diadakan sebelum ini. Maklumat program adalah seperti berikut:

TARIKH: 3 - 5 JULAI 2009

TEMPAT: SMKA LIMAUAN, PAPAR, SABAH

ANJURAN BERSAMA: MAHALLAH AMINAH UIAM

Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi:
-Arnas: 0133086680

-Marhamah: 0136289236

Kami ingin berkongsi kejayaan ENGLISH & DA'WAH CAMP siri 1.. =D
















Halaqah Ilmu

Halaqah Ilmu
Tarikh: 12 Mac 2009
Tempat: Admin TR 19
Masa: 9.15pm
Anjuran MISI

Diharap rakan-rakan MISI khususnya dari borneo boleh meluangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu tersebut.

- zen -

Mahabbah Day 2009

Tarikh: 7-8th Mac 2009
Tempat: Kem Alang Sedayu, Gombak.


Assalamualaikum,
Setelah sekian lama menyepi, blog MISI kini melaporkan aktiviti-aktiviti yang sempat diadakan baru-baru ini. Mahabbah Day 2009 bertujuan merapatkan hubungan antara ahli-ahli MISI. Selain itu, terdapat jua pengisian "critical thinking", "teamwork", dan situasi dakwah Islam di Sabah dan Sarawak. Dalam mengeratkan ukhuwah sesama ahli, program ini juga memberi peluang kepada peserta-pesertanya menganalisis kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam diri dan kelab itu sendiri. Semoga ahli-ahli MISI mendapat manfaat hasil daripada program ini.


"Tak Cukup Ilmu, Tak Boleh Lagi La Berdakwah"
Kata orang,
"Tak cukup ilmu, tak bleh lagi la berdakwah!"
Kata mereka,
"Nanti susah takut tersalah...
Lagi satu, aku ni bukan seorang pendakwah...
Buat apa aku nak susah-susah..."
Segala keringat peluh tercurah...
Habis lenjun tubuh membasah...
Hingga boleh diperah-perah...
Jadi tak payah nak susah-susah.
Tapi,
Jangan lupa pesan Rasulullah
"Balligu 'anni walau ayah"
Sampaikanlah padaku walaupun satu ayat
Jadi tak perlu kita jadi ustaz ustazah
Jadi tak perlu kita nak susah-susah
Hanya perlu merungkai satu ayat...
[Hisham MISI]


- zen -