Mahabbah Day 2009

Tarikh: 7-8th Mac 2009
Tempat: Kem Alang Sedayu, Gombak.


Assalamualaikum,
Setelah sekian lama menyepi, blog MISI kini melaporkan aktiviti-aktiviti yang sempat diadakan baru-baru ini. Mahabbah Day 2009 bertujuan merapatkan hubungan antara ahli-ahli MISI. Selain itu, terdapat jua pengisian "critical thinking", "teamwork", dan situasi dakwah Islam di Sabah dan Sarawak. Dalam mengeratkan ukhuwah sesama ahli, program ini juga memberi peluang kepada peserta-pesertanya menganalisis kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam diri dan kelab itu sendiri. Semoga ahli-ahli MISI mendapat manfaat hasil daripada program ini.


"Tak Cukup Ilmu, Tak Boleh Lagi La Berdakwah"
Kata orang,
"Tak cukup ilmu, tak bleh lagi la berdakwah!"
Kata mereka,
"Nanti susah takut tersalah...
Lagi satu, aku ni bukan seorang pendakwah...
Buat apa aku nak susah-susah..."
Segala keringat peluh tercurah...
Habis lenjun tubuh membasah...
Hingga boleh diperah-perah...
Jadi tak payah nak susah-susah.
Tapi,
Jangan lupa pesan Rasulullah
"Balligu 'anni walau ayah"
Sampaikanlah padaku walaupun satu ayat
Jadi tak perlu kita jadi ustaz ustazah
Jadi tak perlu kita nak susah-susah
Hanya perlu merungkai satu ayat...
[Hisham MISI]


- zen -

No comments:

Post a Comment