Outreach to Mabul Island (S2) - Berita Harian

(click to full view)

Assalamualaikum wbt.. di atas adalah keratan akhbar Berita Harian pada Khamis, 25 Mac 2010 melaporkan salah satu program anjuran MISI iaitu Outreach to Mabul Island (Series II) yang lepas. Lanjutan daripada program ini boleh didapati di sini. Anda juga boleh klik pada gambar untuk membaca laporan penuh keratan akhbar ini.

:::Terima Kasih Daun Keladi:::

Alhamdulillahh...
tinggal lebih kurang 5 hari lagi
program Outreach to Mabul Island (Series III) akan diadakan...
debaran semakin terasa memikirkan akan cabaran yang akan kami terima..
kami mengharapkan doa dari semua warga IIUM
mengiringi pemergian kami ke sana..

Sekarang...
kami dalam proses untuk memasukkan barang-barang
derma ke dalam kotak...
sungguh banyak...
setakat ini sudah ada 40 kotak derma yang dibungkus...
Alhamdulillah...

Outreach to Mabul Island (S3)

Masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah exam kepada semua ahli MISI. Walaupun ada yang sudah sampai ke kampung halaman, Sabah dan Sarawak, namun masih ada rakan-rakan di sini yang masih berjuang untuk menjawab soalan-soalan exam. Di samping kita menyibukkan diri kita dengan mentelaah pelajaran, jangan dilupa amanah kita yang masih belum selesai. Apakah??

Mesti ramai yang tertanya-tanya. Apa-apa pun, sebelum itu ingin saya persembahkan sekeping gambar..=) tengok lah...