:::Terima Kasih Daun Keladi:::

Alhamdulillahh...
tinggal lebih kurang 5 hari lagi
program Outreach to Mabul Island (Series III) akan diadakan...
debaran semakin terasa memikirkan akan cabaran yang akan kami terima..
kami mengharapkan doa dari semua warga IIUM
mengiringi pemergian kami ke sana..

Sekarang...
kami dalam proses untuk memasukkan barang-barang
derma ke dalam kotak...
sungguh banyak...
setakat ini sudah ada 40 kotak derma yang dibungkus...
Alhamdulillah...

masih ramai warga IIUM yang prihatin dengan nasib
saudara seagama kita di sana..
walaupun dipisahkan beribu batu, namun persaudaraan ini tetap terjalin erat
dek bantuan-bantuan yang dihulurkan..

Dengan ini...
kami dari Malaysian Unity Secretariat (MISI) ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua warga IIUM dan individu
yang sudi menghulurkan derma yang berupa
wang ringgit dan barang-barang derma...
*rujuk : Fund Raising Campaign dan 2nd Booth and Mini Exhibition
kami tidak mampu untuk membalas jasa-jasa baik kalian...
apa yang termampu untuk kami lakukan adalah
untuk menjayakan projek ini dengan jayanya..
InsyaAllahh..

||| RM 4354 |||
jumlah di atas adalah jumlah derma yang berjaya dikumpul sepanjang
kami melakukan kempen mencari dana untuk projek ini..
untuk pengetahuan semua..jumlah derma ini akan kami belanjakan untuk
menampung kos pembinaan perigi dan pam air di Pulau mabul nanti..
semoga Allah membalas jasa baik saudara-saudari sekalian..
*wasalam*

No comments:

Post a Comment