Mesti ramai yang tertanya-tanya. Apa-apa pun, sebelum itu ingin saya persembahkan sekeping gambar..=) tengok lah...
Hehe.. dah nampak kan. Dengan ini diumumkan bahawa pada 17hb-24hb April 2010, Malaysian Unity Secretariat (MISI) akan mengadakan projek khidmat masyarakat yang dinamakan Outreach To Mabul Island bertempat di Kampung Pulau Mabul, Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Program ini adalah lanjutan daripada projek MISI di sana sebelum ini. Lihat di sini dan sini.
Untuk projek kali ini, seramai 20 orang peserta daripada ahli-ahli MISI akan mengikuti program ini bersama 8 orang pegawai termasuk pensyarah.
Meneruskan usaha kami sebelum ini, kami akan meneruskan program berkhatan beramai-ramai dan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk membantu masyarakat di sana yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan khidmat doktor sekiranya menghadapi masalah. Sekumpulan doktor dari Pusat Kesihatan UIAM yang diketuai oleh Dr. Dinon akan membantu krew MISI untuk mencapai objektif ini.
Selain itu juga, kami juga meneruskan usaha untuk memberikan pendidikan dan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah kepada kanak-kanak masyarakat Pulau Mabul ini dengan mengadakan mini-tuition dan kelas fardhu ain. Komiti daripada MISI sendiri akan mengetuai kelas ini selama program ini berlangsung selama 8 hari 7 malam.
Untuk mengatasi masalah dokumen pendaftaran diri yang membelenggu penduduk Mabul sejak beberapa dekad yang lalu, MISI dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengadakan program "Sehari dengan Jabatan Pendaftaran Negara". Pada hari tersebut, penduduk kampung Mabul ini akan diambil maklumat peribadi mereka oleh JPN untuk diproses untuk menyediakan mereka dokumen pengenalan diri yang sah.
Selaras dengan tuntutan Islam, Kempen kesihatan dan kebersihan alam sekitar juga akan dijalankan selama MISI berada di sana. Ini diadakan adalah untuk menerapkan gaya hidup yang sihat disamping menarik minat pelancong luar dan dalam negara untuk datang ke pulau ini. Ini tidak dinafikan kerana keindahan alam semulajadi di Pulau Mabul adalah antara yang tercantik di dunia. Secara tidak langsung, ia akan menjadi penjana ekonomi masyarakat di sini.
Terakhir sekali adalah pembinaan perigi sebagai "1Stop Water Resources" untuk penduduk kampung. Kami menerima banyak aduan mengenai masalah penduduk di sini yang mana mereka terpaksa pergi ke Bandar Semporna untuk membeli air bersih untuk kegunaan harian. Air perigi yang mereka korek juga tidak sesuai digunakan kerana berkabut dan payau. Oleh itu, kami akan membina dua buah perigi di pulau ini untuk memudahkan penduduk di sana menjalani kehidupan mereka.
Insya-Allah, perigi ini akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj Nasir bin Hj Sakaran Dandai, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Semporna dan ADUN N53 Senallang sekaligus merasmikan program Outreach to Mabul Island (Series III) pada 21 April 2010.
Kami berharap program yang diadakan seminggu suntuk ini dapat memberi sedikit sebanyak bantuan kepada penduduk Pulau Mabul. Ia juga akan menjadi latihan fizikal dan mental kepada ahli-ahli MISI yang menjadi komiti pada siri ke-tiga ini. Kami juga mengharapkan doa dari semua rakan-rakan untuk mendoakan kami supaya selamat pergi dan balik ke UIA. Semoga segala yang telah dirancang sebelum program ini akan berjalan dengan lancar tanpa masalah. Ameen...

Gud luck everybody. wish u all the best. :)
ReplyDeleteAllah bersama kalian..
ReplyDelete@dyL_darLiNg : thanks for wishing us..have a good holiday..=)
ReplyDelete@norhafizannowawi : terima kasih saudari..semoga Allah juga memberkati anda..=)
troskn istiqamah...wish u all da best:)
ReplyDeletedoakan kami nanti..skrg dlm progres kemas barang2 derma utk dibawa ke mabul..setakat ni more than 40 boxes sudah d kemas..tired but we enjoy it..=)
ReplyDelete10 tahun sdah brlalu. Rindu rasanya dgn abg2 dan kkak2 uiam yg sudi dtg beri semangat dan sumbangan kepada kami di pulau mabul..👍👍👍
Delete