ENGLISH AND DAAWAH CAMP SERIES 2


Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat yang disayangi...

Alhamdulillah...Malaysian Unity Secretariat (MISI) IIUM telah berjaya mengadakan Program English And Daawah Camp Series 2 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan, Kimanis, Sabah. Program ini diadakan semasa cuti semester III 2008/2009, lebih tepat iaitu pada 5-7 July 2009. Walaupun banyak dugaan dan cabaran dalam persediaan untuk program ini, namun semua masalah dapat diselesaikan dengan bantuan semua comittee yang sangat berdedikasi.

Ribuan penghargaan kepada pihak-pihak yang memberi sumbangan. Tidak kira yang berbentuk kewangan ataupun idea, semuanya amat dihargai oleh pihak jawatankuasa pengajur dan juga MISI sendiri. Sumbangan anda tidak dapat kami balas.

Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pihak Alumni IIUM Sabah Chapter kerana bantuan mereka yang terlalu besar dalam menjayakan program ini dan juga sempat meluangkan sedikit masa untuk memberi motivasi kepada peserta-peserta program.

Untuk berkongsi gambar-gambar kejayaan program ini, sila klik di sini.

No comments:

Post a Comment