Futsal Inter-Borneo Tournament 2010 @ UPSI

Alhamdulillah..sepertimana yang telah diwar-warkan pada post sebelum ni (click to the post), UPSI melalui S-DEV Division, IIUM telah menjemput MISI untuk mewakili UIAM dalam Kejohanan Futsal Inter-Borneo yang diadakan pada 27-28 Februari 2010 yang lepas bertempat di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tg Malim, Perak.

Pasukan MISI yang dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu UIA A dan UIA B bertolak dari tangga besar UIA pada hari sabtu pukul 8 pagi (waktu tempatan) dan tiba pada pukul 9.40 pagi di padang UPSI.
Sesampai sahaja kami di sana, kami disambut oleh saudara Alimuddin yang bertugas sebagai urusetia kejohanan dan diberi sedikit taklimat mengenai penginapan dan peraturan kejohanan. Undian telah dibuat untuk menentukan pasukan untuk setiap kumpulan. Ada 4 kumpulan dan setaip kumpulan terdiri dari 4 pasukan.
Kejohanan ini menggunakan sistem kumpulan sebelum 2 pasukan teratas untuk setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir dan seterusnya. Pasukan UIA A diundi bersama pasukan Bandar Dalam (UPSI), UPM A dan UITM B dalam kumpulan A manakala pasukan UIA B diundi dalam kumpulan B.
Kejohanan peringkat kumpulan bermula pada petang hari yang sama dan disambung pada hari seterusnya. Selesai peringkat kumpulan, pasukan UIA A muncul sebagai juara kumpulan A dan layak ke peringkat seterusnya namun pasukan UIA B sekadar di tempat yang ketiga dan gagal ke peringkat seterusnya.
Untuk pengetahuan semua, ini adalah penyertaan sulung UIA dalam kejohanan ini dan dilabel sebagai underdog pada awal kejohanan. Namun pada perlawanan pertama, pasukan UIA A berjaya mengalahkan juara kejohanan edisi lepas, UPM, dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Ajie dan Adam.
Walaupun pasukan UIA B gagal layak ke peringkat seterusnya, sokongan tetap diberikan kepada pasukan UIA A dan akhirnya pasukan UIA A berjaya mendapat tempat keempat pada kejohanan ini. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan.
Tahniah kepada semua pemain yang berkerja keras untuk kejohanan ini, walaupun hanya sempat berlatih selama 1 malam sahaja namun dapat memberikan saingan kepada pasukan yang telah lama menyertai kejohanan ini.
Senarai nama pemain:
Team UIA A : Adam (Ketua), Khaidir (Keeper), Amir, Ajie, Faruq, Hanif, Haikal, Ajis dan Zul.
Team UIA B : Abg Mas (Ketua), Zahid (Keeper), Acap, Syafik, Jai, Madlan, Helmi, Jijul, Sem dan Syah.

1 comment: