Nun jauh di Tenggara Sabah, terletak satu pulau yang kaya dengan keindahan ciptaan-Nya. Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah di kelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter. Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan didiami oleh komuniti yang kaya dengan sejarahnya.
Alhamdulillah, sepertimana yang telah kami hebahkan sebelum ini, MISI telah berjaya mengadakan Mass Gathering yang dinamakan MISI Get-Together Communique dengan jayanya pada 8 Januari 2010 yang lepas. Usaha Pengurus Program bersama anak-anak buah beliau membuahkan hasil dengan berjaya menarik seramai 140 orang ahli MISI untuk bersama-sama hadir memeriahkan malam tersebut. Satu angka yang sangat besar sehinggakan Econs Cafe penuh dengan hadirin yang menikmati hidangan yang disediakan.