Makaratung Pa Mabul (Welcome To Mabul)

Nun jauh di Tenggara Sabah, terletak satu pulau yang kaya dengan keindahan ciptaan-Nya. Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah di kelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter. Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan didiami oleh komuniti yang kaya dengan sejarahnya.





Pulau Mabul terbahagi kepada dua bahagian kampung. Kampung pertama dikenali sebagai Kampung Musu, iaitu kawasan yang didiami oleh suku Palauk (Orang Asli Laut) dan satu lagi didiami oleh suku Suluk (Pelarian Perang Filipina – Moro) yang dikenali sebagai Kampung Pulau Mabul. Suku Suluk ini berasal daripada Selatan Filipina dan melarikan diri ke pulau ini lebih kurang 30 tahun yang lalu. Mereka diiktiraf sebagai ‘Pelarian Perang’ oleh United Nation. Mata pencarian mereka memancing ikan Tuna dan Ikan yu.



Apa yang menarik adalah majoriti mereka adalah beragama Islam dan sangat taat kepada ajaran agama. Pengalaman pertama kami apabila sampai ke Pulau ini menggambarkan betapa kuatnya penduduk di sini menunaikan suruhan agama. 3 saff jama’ah dipenuhi golongan tua, belia, dan kanak-kanak untuk sama-sama menunaikan solat fardhu Zuhr. Subhanallah..satu suasana yang amat jarang dilihat, lebih-lebih lagi di hari Sabtu yang mana penduduk bumi sibuk dengan urusan duniawi mereka.



Namun hakikatnya, peredaran masa membuatkan ramai antara mereka yang terpengaruh dengan cara pemakaian dan budaya hidup pelancong dari luar Negara yang datang melancong di sana. Sebilangan kecil anak-anak muda mulai mendekati minuman keras dan di usia muda mereka sudah mula menghisap rokok. Ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan kerana apabila kami mendekati masyarakat di sana, nilai-nilai Islam yang ada dalam diri mereka adalah sangat tinggi, namun diracuni oleh pemikiran-pemikiran yang memesongkan mereka dari jalan yang sepatutnya.

Diharapkan usaha kecil kita mendekati masyarakat di sana akan dapat membantu mereka agar kuat mendepani apapun anasir-anasir yang masuk ke dalam kepulauan tersebut. Semoga mereka sedar bahawa kekuatan mereka terletak pada IMAN dan ISLAM yang mereka jiwai selama ini. Semoga IMAN dan ISLAM itu mampu menjadi benteng kebal kepada mereka. Amiin…

3 comments:

  1. Setuju!!!
    Solat berjemaah d MAbul merupakan lambang kekuatan Islam di sana..
    Tidak dpt dinafikan tarbiyah yg dibawa dari selatan Filipina sememangnya memberi impak kepada diri mereka walaupun sudah lama merantau(menjadi pelarian)..
    Rupa2nya tanpa kita sedari sememangnya wujudnya pusat2 tarbiyah Islam di selatan Filipina..
    Sama seperti Madrasah2 yang wujud d Indonesia dan negara kita juga..
    Hanya dorang yg lebih mengerti situasi yang berlaku di sana..
    "Kehidupan Islam yg ditekan"..

    ReplyDelete
  2. setuju dgn islam itu indah..=) bila kami melalui deretan rumah2 kecil d mabul..subhanallah..terdengar anak2 kecil ni mengaji al-quran..syukur bagi mereka yang berpeluang mempelajari al-quran d rumah..masih ada yg punya kesedaran walapun peredaran waktu semakin menghakis kesedaran di jiwa2 ibubapa di sana..

    bila mendengar doa yang dibaca oleh ustaz ghafur..kami terpegun..penghayatan doa yang dibaca oleh beliau menunjukkan bahawa beliau faham akan maksud doa yang dibaca hingga menitiskan air mata..semoga semakin ramai golongan2 begini yang lahir daripada kehidupan dhaif d mabul..semoga anak2 kecil ini memahami kenapa mereka berada di bumi mabul..n sedar akan perjuangan yang ditegakkan..

    -marhamah-

    ReplyDelete
  3. Ya betul2..
    X sangka ustaz tu boleh berbahasa arab.
    Agak terkejut bila mendengar kalimau UIA di sebut di pertengahan doa nya sambil kelihatan ada air mata yang menitis di pipinya..
    Rasanya,inilah yang membuatkan kami mula terasa sebak di saat akhir sebelum kami meninggalkan pulau ini. =(

    ReplyDelete