Fund Raising Campaign in conjunction with Outreach to Sabah & Sarawak

Bismillahirrahmanirrahim.

Insya Allah, MISI CLUB sekali lagi akan menjalankan Fund Raising Campaign in conjunction with Outreach to Sabah & Sarawak 2012. Program kempen ini akan dijalankan bermula 9 Julai hingga 30 Ogos 2012 manakala sebuah booth akan didirikan di ITD Foyer, IIUM bagi memudahkan IIUM Community menghulurkan sumbangan derma mereka.




Pada kali ini, MISI CLUB akan menerima derma-derma berbentuk wang ringgit, buku-buku agama, muqaddam, buku0buku motivasi dan alat-alat tulis untuk disumbangkan kepada penduduk pedalaman selain pelajar-pelajar sekolah menengah di Sabah dan juga Sarawak.



Untuk makluman semua, pada tahun ini MISI CLUB akan menganjurkan program Outreach ke 4 buah daerah di iaitu, Sempona, dan Ranau di Sabah dan Sibu dan Simunjan bagi daerah di Sarawak.



MISI CLUB berharap, program kutipan derma ini dapat membantu masyarakat yang kurang berkemampuan di pedalaman Sabah & Sarawak.

-MISI in Touch, Ummah in Heart-

No comments:

Post a Comment